Rony memiliki seorang isteri yang cantik & cukup disayanginya. Namun sikap isterinya yang cerewet menyebabkan Rony bertindak di luar dugaan gara-gara termakan dengan kata-kata jiran yang menghasut supaya meninggalkan isterinya itu. Dia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.
Suatu hari Rony mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Rony terlihat sebuah perigi buta yang tidak digunakan lagi. Maka diajaknya isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Rony menolak isterinya.
Sepuluh minit pertama, Rony berasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini dia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya. Sepuluh minit kedua, dia mula sepi kerana tidak biasa dengan kesunyian. Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan penuh ketakutan dia kembali menuju ke perigi tua. Dia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.
Namun, alangkah terkejutnya Rony apabila yang naik itu bukanlah isterinya tapi seekor makhluk yang menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh badannya. Dia merupakan makhluk penunggu perigi buta itu. Rony lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??" Dengan wajah pucat ketakutan, makhluk itu lantas menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia...dah la dia cakap kuat, pastu cerewet plak..."
No comments:
Post a Comment